Saturday, January 29, 2011

back to December

karya ku berdasarkan lagu ini

back to December
oleh Taylor Swift

yay~
esok balik rumah~ :D

tak sabar nak jumpa keluarga ku~
arnab2 ku~
bilik tidur ku yang sangat besar~
:D

saya sangat gembira sekarang sampaikan bilik tidak terurus... -_-
tetapi saya ada alasan~
iaitu National Pharmacy Sports Carnival (NPSC)~

sangat bes~
sangat happening~
sangat ~~~ sakit tekak... -_-

oh! sekarang gigi bongsu ku dalam proses hendak tumbuh...
sangat sakit...
saya ingatkan sakit gigi ni kat kawasan gigi je sakit....
tetapi sangkaan saya salah....
kesakitan itu boleh merebak ke kepala dan leher (saya sampai ke bahu sakitnya... T^T)

heh, perkara seperti ini kena rasa sendiri baru tau sakitnya macamana...

adakah anda sudah tumbuh gig bongsu?
:D

Tuesday, January 25, 2011

kami pulang ke Penang....

saya semakin menyukai KH:BBS

.... dengan tangan kosong...
hehe, kalah la tu... :P

sebenarnya ada 3 perlawanan:
1 seri (0-0)
1 kalah (0-1)
1 menang (2-1)

jadi, semua perasaan bercampur baur...
apa yang kami rasa akhirnya adalah neutral :D

lepas tu kami pergi shopping di Pasar Borong...
memang boleh sesatlah di situ...
banyank barang murah~ smpai saya rambang mata tak tahu mana nak beli...

keesokannya, kami pergi ke Rantau Panjang pula....
shopping juga~ :P
lagi murah dari di Pasar Borong....
lagi rambang mataku dibuatnye~ :D

kemudian, masa pulang ke Penang....
dalam perjalanan pulang, kami banyak kali berhenti kerana hendak solat, buang air, makan dan sebagainya...
salah satu destinasi persinggahan kami ialah di Banjaran Titiwangsa...
pemandangan yang cantik~ tetapi lagi sejuk dari dewan kuliah saya (yang boleh dikatakan dewan kuliah paling sejuk di USM Penang...)

pemandangan di Banjaran Titiwangsa yang sangat sejuk~

heh, tapi bagi saya, itu adalah pengalaman yang tidak boleh saya lupakan...
bersama team futsal Desasiswa Saujana yang sangat havoc dalam bas dan di dalam motel...
membuatkan saya melupakan segala masalah yang boleh difikirkan...

saya sangat sayangkan korang semua~ :D
berposing di hadapan hospital USM

Friday, January 21, 2011

keluar lagi kah?

Zack Fair yang sangat comel dari Kingdom Hearts: Birth by Sleep

iye... :P

z1: anda perlu menahan diri dari nafsu berbelanja...
z2: iye~ inilah kali yang terakhir saya akan keluar...
z1: =_=; kita tunggu dan lihat berapa lama anda akan bertahan...

setelah keluar menonton wayang (cerita melayu seram, Khurafat... cerita ni masuk akal jugalah, walaupun cerita melayu...) kami 'bersiar2' di Queensbay... selepas itu, saya terlihat satu beg 'sling' yang sangat praktikal dan cantik... lalu saya pun membelinya....

tetapi saya sudah mempunyai banyak beg.... kemudian saya mengingati diri saya...
"inilah beg yang terakhir saya...."
iyelah tu....
=_=

selepas keluar bersama kawan2 sekuliah, saya keluar dengan senior dan junior saya pula...
senior tahun 4 saya belanja kami makan di Pizza Hut...
saya pun dengan tanpa segan silu menerima pelawaan itu...
(heh, orang sudah 'offer', mana boleh ditolak~ :P)

sekarang, saya amat penat tambahan pula dengan perut yang gelisah (akibat makan ais krim McD :D)

esok pula saya perlu ke Kampus Kesihatan di Kubang Krian, Kelantan...
ada acara SUKAD (Sukan Antara Desasiswa) di situ...
sehingga ahad ini... (insyaAllah~)
dan saya mewakili desasiswa saya, Saujana, dalam sukan futsal...
doakan kejayaan kami~ ^^

z1: kemas baju sekarang!
z2: baiiiikkkk~ :D

Friday, January 14, 2011

di-tag, kemudian men-tag~ :D

About Me

  • Full Name: Beautiful Moon~ :D
  • Date of Birth: you've just missed it....
  • Age: oh! is that Len??? sorry, what did u just asked...? :D
  • Married: Not yet
  • Zodiac: it's there! one of those 12 animals! it's obviously there~ XD
  • Foot Size: Big, and long
  • Weight: Averagely heavy
  • Height: Averagely tall
  • Nickname: Akima :D
  • High School: jess, pasum
  • College/University: usm
  • Last thing I've just did: Cried like an idiot
  • My Room Condition: Moderately messy
  • Having a relationship? For many times?: yup~ with my laptop, games, anime, etc.~ for countless times :D
Take Your Own Picture Now and Don't Edit: 
ohh~ so many pictures to choose from~ this is the best~ :D

About Others

  • Name of your first gf/bf: uhh.. Blank of FF9? :D
  • Name of your gf/bf right now: uhh...Terra? :D
  • Name of the person you miss the most right now: uhh... Guy Cecil? :D
  • Name of the last person you've hurt:  uhh... Sephiroth? :D
  • Name of the person you hate the most: uhh... bad guys in games and animes that i watch. especially those with twisted minds that wants to take over the world, yata yata yata~ :D
  • Name of your pet: Chila, Roni, Chiko, Rona, Len, Rin, Kaito, Moon, Debit, and 2 more... (i forgot their names...)
Rona & Chiko~ (sekarang sudah besar gila)


About Myself
  • Pernah korek hidung?: masa kecik2 dulu pernah
  • Pernah baca msg pastu senyum/gelak sorang2?: selalu :D
  • Pernah gayut sampai tertido?: tak pernah
  • Pernah kentut kat khalayak ramai?: kentut yang 'silent killer' selalu :D
  • Pernah tidur dalam kelas?: setiap kali kelas pagi :D
  • Pernah pukul orang?:  dalam game banyak kali
  • Pernah nangis depan awek/pakwe?: tak pernah
  • Pernah kene birthday prank?: tak pernah dan tak mahu...

First time
  • kena marah: sebab pergi beraya ngan budak2 lelaki dekat kampung :D masa tu kecik lagi...
  • duduk jauh dari family: sebab nak belajar ilmu farmasi
  • tengok wayang: dekat Queensbay tengok Final Destination 4
  • ponteng kelas: kelas SHE... dua kali je masuk lecture, pastu lesap :D
  • jatuh cinta: bila main Final Fantasy 9
  • kena reject: masa study kat USM... :D
  • accident: setiap hari
5 orang yang saya nak tag:
Amal, Pipah, dan sape2 yang menyibuk blogwalking kat sini...
dipersilakan :D

Thursday, January 13, 2011

berita yang mengejutkan

Kagamine Len dalam PV-nya, Soundless Voice


baru dapat tau Dr Abas kesayangan kami masuk wad...
dengar kata beliau koma disebabkan arterinya pecah...

kemudian saya terkaku

Dr Abas yang selalu ceria, sangat friendly...
sangat mengambil berat tentang kami, pelajar2nya...
selalu bagi lecture notes, dan risau jika kami tidak mendapatkannya...
dan beliau adalah lecturer kesayangan saya..
:'(

minta2lah beliau tak apa2...
saya akan doakan supaya beliau selamat...
amin..

Wednesday, January 12, 2011

pergilah jauh2, perasaan geram!!!

Sharon memukul Break kerana hilang entah ke mana dan membuatkannya risau

saya selalu pendamkan rasa tak puas hati dan perasaan marah...
terutamanya pada kawan2 rapat ku...

adakah itu satu tabiat yang baik...?
sebab orang lain semua meluahkan rasa tak puas hati kepada orang lain...
bagi saya, ini akan meninggalkan prasangka yang buruk (dan juga menyebarkan gosip)

hmm, habis tu, bagaimana hendak melepaskan geram tanpa melukakan hati orang lain?
sangatlah susah...
T_T

di sini saya senaraikan cara saya melepaskan geram...
(perhatian! langah2 berikut berkesan untuk diri saya... untuk orang lain, keputusannya berbeza.. harap maklum... :D)
1. main game sampai penat otak
2. dengar lagu sedih/ tengok cerita sedih dan nangis macam orang baru break up
3. dengar lagu rancak (dan naikkan volume!) dan menyanyi sampai pening kepala tanpa mempedulikan orang di sekeliling
4. pergi training taekwondo, tumbuk dan tendang macam orang gila
5. pergi jogging
6. tengok anime sampai puas
7. tidur awal

setakat ini, saya masih waras dan berupaya untuk hidup dengan normal selepas melakukan perkara2 di atas...
tapi tak tahulah sampai bila....
XP

Monday, January 10, 2011

aqma-terra~

Oz sangat teruja apabila bertemu Sharon pada kali pertama

whoa~
hari ni kelas agak seronok sebab dapat belajar buat website sendiri...
dan saya telah pun membuatnya~ ^^

hmm, tapi sekarang saya tidak pasti apa yang hendak ditulis di situ....
tentang game? saya tak main semua jenis/genre game
tentang animasi? saya tak berapa ikut sangat cerita2 anime...
tentang hasil seni? saya tak kerap melukis kebelakangan ini...
tentang farmasi? hmm, boleh juga.... tapi sangat broad... XO

nak tgk website ku?
boleh2...

tapi bagi cadangan dulu apa yang nak ditulis di situ...
kerana sekarang ia masih kosong... =_=

Friday, January 7, 2011

sejuk~

Oz dengan pakciknya, Oscar mem'provoke' Gil kerana menyangka Gil adalah 'secret admirer' kepada adik Oz iaitu Ada

brr~ sejuknya~
rasanya seperti di California sejuknya....

kebelakangan ini, cuaca di Penang semakin sejuk..
mungkin sebab hujan pada waktu pagi dan malam...
jadi, setiap kali kuliah bermula pada awal pagi, kami di sini terpaksa menyarung beberapa lapis jaket dan sweater...
jika memakai satu lapis sahaja tidak memadai....

oh, mungkin anda terkejut saya menulis dalam Bahasa Melayu di dalam blog saya...
ini adalah kerana saya mengambil kursus Bahasa Melayu semester ini...
saya minta maaf awal2 jika bahasa saya banyak kesalahan...
saya masih belajar untuk memahirkan diri... =_=

saya ingat semester ini saya tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti2 yang tiada kaitan dengan akademik...
tetapi saya sering 'terpaksa' menjadi sibuk kerana tidak ada org lain yang 'berkebolahan' seperti saya...
(kadang2 menjadi seorang yang berkebolahan boleh menjadi beban pada diri sendiri juga kan?)

berikut merupakan aktiviti2 yang saya sertai setakat ini...:
1. HOD multimedia, publisiti & dokumentasi untuk Baktisiswa Jalinan Komuniti di Kuala Kangsar, Perak
2. Timbalan Editor 2 dalam grafik untuk Majalah Pharmakon
3. AJK Cenderahati & Hadiah untuk National Pharmacy Sports Carnival (NPSC)
4. melibatkan diri dalam sparring dalam Tournament Taekwondo yang akan didadakan 3 kali dalam 3 bulan di universiti yang berlainan
5. mewakili Desasiswa Saujana bermain futsal (menjadi penjaga gol) untuk Sukan Antara Desasiswa (SUKAD)

rasanya itu sahaja....
walaupun 5 sahaja, tetapi semuanya berat2 (kecuali no 3)

saya perlu belajar untuk menolak jawatan yang ditawarkan pada masa akan datang....
dan itulah kelemahan saya sekarang....
haaaai~ =_=

Saturday, January 1, 2011

happy new year 2011~


happy new year 2011 to all~
let's make this year better than last year!
have a new aim in life,
and let's work harder to achieve the best~!!!
:D