karekter original ku: Vienna & Errol
(maaf, tiada masa untuk mewarna... final nak dekat... :P)
okeh, saya sudah tiada 'mood' untuk studi sekarang...
tiba masanya untuk mem'blog'~ ^^
entri kali ini ku akan ceritakan tentang Errol pula...
kalau terlepas, baca dulu sebelum baca entri ni...
nanti pening kang :P
Errol merupakan seorang yang kacak, berkarisma, romantis, dan pandai menarik perhatian gadis2
dia juga berasal dari keluarga yang berada...
namun, suatu insiden telah berlaku terhadap keluarga Errol...
selepas Vienna berpindah ke tempat lain, keluarganya telah dibunuh secara misteri...
meninggalkan Errol dengan kekayaan bapanya...
Errol terpaksa meneruskan kerjaya bapanya sebagai seorang pengusaha
sepertimana telah tercatit oleh bapanya dalam surat warisnya
selepas 10 tahun, Errol akhirnya bertemu semula dengan Vienna dalam majlis tari menari,
tetapi Vienna tidak ingat langsung pasal Errol melainkan dia adalah 'Earl of Blackmore'
selepas majlis tersebut, Errol mengajak Vienna berbual dengannya di balkon rumahnya
Errol cuba untuk mengingatkan Vienna tentang masa mereka bersama sewaktu mereka kanak2..
tetapi, Vienna masih tidak mampu mengingat kembali...
selepas itu, Errol kerap berjumpa dengan Vienna untuk menceritakan masa kanak2 mereka...
walaupun semangat Errol tidak pernah luntur untuk memikat Vienna,
tetapi hatinya telah terguris dengan luka yang sangat dalam....
adakah Errol berjaya memikat hati Vienna?
apakah misteri di sebalik pembunuhan keluarga Errol?
bagaimana Vienna boleh hilang semua memori tentang Errol?
hee~ ber-sam-bung~~~ ^^