Zack Fair yang sangat comel dari Kingdom Hearts: Birth by Sleep
z1: anda perlu menahan diri dari nafsu berbelanja...
z2: iye~ inilah kali yang terakhir saya akan keluar...
z1: =_=; kita tunggu dan lihat berapa lama anda akan bertahan...
setelah keluar menonton wayang (cerita melayu seram, Khurafat... cerita ni masuk akal jugalah, walaupun cerita melayu...) kami 'bersiar2' di Queensbay... selepas itu, saya terlihat satu beg 'sling' yang sangat praktikal dan cantik... lalu saya pun membelinya....
tetapi saya sudah mempunyai banyak beg.... kemudian saya mengingati diri saya...
"inilah beg yang terakhir saya...."
iyelah tu....
=_=
selepas keluar bersama kawan2 sekuliah, saya keluar dengan senior dan junior saya pula...
senior tahun 4 saya belanja kami makan di Pizza Hut...
saya pun dengan tanpa segan silu menerima pelawaan itu...
(heh, orang sudah 'offer', mana boleh ditolak~ :P)
sekarang, saya amat penat tambahan pula dengan perut yang gelisah (akibat makan ais krim McD :D)
esok pula saya perlu ke Kampus Kesihatan di Kubang Krian, Kelantan...
ada acara SUKAD (Sukan Antara Desasiswa) di situ...
sehingga ahad ini... (insyaAllah~)
dan saya mewakili desasiswa saya, Saujana, dalam sukan futsal...
doakan kejayaan kami~ ^^
z1: kemas baju sekarang!
z2: baiiiikkkk~ :D






