Kuronuma Sawako & Kazehaya Shouta dar Kimi no Todoke
dia juga ingat nama sebenarku
dia ingat di mana tempat tinggal ku
serta segala benda yang ku telah ajarkannya
tetapi, adakah ini cinta?
ku perlu tanya sebab ku tak pernah melaluinya
dan ku juga tak mahu hati ku dilukai
oleh kata2 manisnya yang sebenarnya tipu2 belaka
adakah ku harus meneruskan hubungan ini?
ku tak tahu...
kerana kami hidup berlainan negara
berlainan bangsa
berlainan budaya
dan juga... agama
apakah yang harus ku lakukan?
dia sangat baik bila berbicara
dan juga jujur menjawab segala persoalanku
sangat mengambil berat tentangku
dan juga selalu memberi ku semangat untuk terus mara ke hadapan
tetapi, adakah dia ikhlas?
ku tak tahu...
sebab tak pernah berjumpa dengannya...
perasaan ku pula?
entah la...
susah nak gambarkan perasaan yang kompleks ini...
bila dia tak online, rasa macam rindu pun ada...
bila dia mula chat dengan ku, pergh, senyum sampai ke telinga...
nak jumpa dia depan2 tak?
nak. nak sangat jumpa dia
sebab curious kah? entah...
nak cakap depan2 dengan dia
nak tengok muka dan ekspresi dia
nak dengar gelak ketawa dia
dan nak tengok dia ikhlas ke tak...
hmm, apakah pendapat anda pula?
7 comments:
ehem dari b***** tu ke?
macam ni laa..
mungkin kita ni tengah super crush dengan dia
selagi kita tak jumpa memang macam ni
selagi kita tak selalu get along dengan dia, memang kita rasa dia best apa semua
sebaiknya jumpa
sebab jumpa tu je lah cara kita nak tahu kejujuran seseorang
bukan nak meragui kejujuran dia
tapi kita tak tahu dia macam mana kan
maybe dalam alam maya je ok
tapi kalau depan2, baru tunjuk belang sebenar
ni pendapat aku la
sebab kalau aku, aku takut hubungan dengan orang lain bangsa dan agama
sebab bukan dia boleh faham keadaan kita yang sebenar 100%
tapi, ikut kata hati
kalau kau rasa dia yang terbaik
dan kau nak bersama dia
teruskan
kalau panjang jodoh, alhamdulillah
kalau takde jodoh, anggap lah sebagai experience.
*puhh1 panjang gilaaaa :)
thx eqa ^^
yea... yg dari b***** tuh...
ehh? mane la ko tau?
jap, twitter kan?
=_=
I rasa lagi baik kalau you jumpa, kalau tak sampai bila-bila you kena perasaan tak keruan ni.
Dia dapat tengok perangai you and you dapat tengok perangai dia. Then you decide.
Tapi bawaklah chaperone sekali.
Tapi macam mana nak jumpa?
Dia overseas kan?
-Kai-
ye ah...
dia kat luar negara...
mmg susah nak jumpa...
-_-;
camne lah nak decide...?
chaperone tu ape?
:P
This is interesting... Orang mana? Orang mana? Orang mana? Gitau gitau gitau gitau lah.
More details more details more details...
he's from brazil
met him in an online game, holic online
he's one year older than me
:)
thats all i can tell ya
Chaperone tu macaaaaaam... teman lah rasanya, partner, penjaga untuk you.
Takkan you nak pergi sorang-orang, that's why I ask you to bring a chaperone together.
-kai-
Post a Comment