Showing posts with label hot issue. Show all posts
Showing posts with label hot issue. Show all posts

Wednesday, March 30, 2011

inikah cinta?

Kuronuma Sawako & Kazehaya Shouta dar Kimi no Todoke


dia ingat pertemuan pertama kami
dia juga ingat nama sebenarku
dia ingat di mana tempat tinggal ku
serta segala benda yang ku telah ajarkannya

tetapi, adakah ini cinta?

ku perlu tanya sebab ku tak pernah melaluinya

dan ku juga tak mahu hati ku dilukai
oleh kata2 manisnya yang sebenarnya tipu2 belaka

adakah ku harus meneruskan hubungan ini?

ku tak tahu...

kerana kami hidup berlainan negara
berlainan bangsa
berlainan budaya
dan juga... agama

apakah yang harus ku lakukan?

dia sangat baik bila berbicara
dan juga jujur menjawab segala persoalanku
sangat mengambil berat tentangku
dan juga selalu memberi ku semangat untuk terus mara ke hadapan

tetapi, adakah dia ikhlas?

ku tak tahu...
sebab tak pernah berjumpa dengannya...

perasaan ku pula?

entah la...
susah nak gambarkan perasaan yang kompleks ini...

bila dia tak online, rasa macam rindu pun ada...
bila dia mula chat dengan ku, pergh, senyum sampai ke telinga...

nak jumpa dia depan2 tak?

nak. nak sangat jumpa dia
sebab curious kah? entah...

nak cakap depan2 dengan dia
nak tengok muka dan ekspresi dia
nak dengar gelak ketawa dia

dan nak tengok dia ikhlas ke tak...



hmm, apakah pendapat anda pula?