Friday, January 7, 2011

sejuk~

Oz dengan pakciknya, Oscar mem'provoke' Gil kerana menyangka Gil adalah 'secret admirer' kepada adik Oz iaitu Ada

brr~ sejuknya~
rasanya seperti di California sejuknya....

kebelakangan ini, cuaca di Penang semakin sejuk..
mungkin sebab hujan pada waktu pagi dan malam...
jadi, setiap kali kuliah bermula pada awal pagi, kami di sini terpaksa menyarung beberapa lapis jaket dan sweater...
jika memakai satu lapis sahaja tidak memadai....

oh, mungkin anda terkejut saya menulis dalam Bahasa Melayu di dalam blog saya...
ini adalah kerana saya mengambil kursus Bahasa Melayu semester ini...
saya minta maaf awal2 jika bahasa saya banyak kesalahan...
saya masih belajar untuk memahirkan diri... =_=

saya ingat semester ini saya tidak mahu mengambil bahagian dalam aktiviti2 yang tiada kaitan dengan akademik...
tetapi saya sering 'terpaksa' menjadi sibuk kerana tidak ada org lain yang 'berkebolahan' seperti saya...
(kadang2 menjadi seorang yang berkebolahan boleh menjadi beban pada diri sendiri juga kan?)

berikut merupakan aktiviti2 yang saya sertai setakat ini...:
1. HOD multimedia, publisiti & dokumentasi untuk Baktisiswa Jalinan Komuniti di Kuala Kangsar, Perak
2. Timbalan Editor 2 dalam grafik untuk Majalah Pharmakon
3. AJK Cenderahati & Hadiah untuk National Pharmacy Sports Carnival (NPSC)
4. melibatkan diri dalam sparring dalam Tournament Taekwondo yang akan didadakan 3 kali dalam 3 bulan di universiti yang berlainan
5. mewakili Desasiswa Saujana bermain futsal (menjadi penjaga gol) untuk Sukan Antara Desasiswa (SUKAD)

rasanya itu sahaja....
walaupun 5 sahaja, tetapi semuanya berat2 (kecuali no 3)

saya perlu belajar untuk menolak jawatan yang ditawarkan pada masa akan datang....
dan itulah kelemahan saya sekarang....
haaaai~ =_=

No comments: