Monday, February 28, 2011

Vienna

karekter original ku: Vienna 
Errol punya 'sweetheart' ^^

Vienna merupakan seorang baik hati, penyayang, dan mengambil berat terhadap kengkawannya
berasal dari keluarga yang berada, dia menjadi perhatian ramai pemuda
namun, hatinya telah awal2 lagi ditawan oleh rakan sepermainannya sendiri, iaitu Errol

sewaktu mereka kanak2, mereka terpaksa berpisah kerana bapa Vienna dan bapa Errol adalah 'rivals' dalam perniagaan

setelah 10 tahun berpisah, akhirnya mereka bertemu semula dalam majlis tari-menari
tetapi, terkejutnya Errol apabila mendapat tahu Vienna telah kehilangan semua memori tentang Errol!

namun, cinta mereka tidak mudah dileraikan
selepas majlis tersebut, Errol cuba sedaya upaya untuk mengembalikan memori Vienna dengan sentiasa bersamanya dan menceritakan segala memori2 indah sewaktu mereka kecil

Vienna berasa sangat bersalah kerana tidak dapat mengingati Errol dan disebabkan itu telah melukakan hati Errol
Vienna mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan Errol untuk menjaga hatinya
namun, jauh dalam lubuk hatinya, terdapat suatu perasaan yang amat berat untuk melepaskan Errol

=_=
bersambung...
ku sudah tiada idea da...

p/s: entri seterusnya, gambar Errol pula~
nantikan~ ^^

Sunday, February 27, 2011

boyfriend ideal ku~ XD

artwork lama: Drakonys & Rinalee
ku (Rinalee) bertemu dengan Denis (Drakonys) dalam permainan Holic Online
(sekarang sudah tutup ye~)

mesti berciri-cirikan berikut:
  • romantis dan memahami ku... walaupun ku selalu tersasul dan tak pandai menyusun kata
  • 'charming' dan berkarisma
  • mestilah beriman~ ^^
  • sabar dengan karenah ku yang macam2~ :D
hmm, setakat ni, itu sahaja lah yang mampu ku fikir...
nanti kalau ada idea lain, ku tambah ya~

gambarnya ku belum siap lagi....
nantikanlah~~~ XD

------------------------------------
tada~ ini dia~ XD
imej boyfren ideal ku~ XD

Wednesday, February 23, 2011

saya tertekan!!!!

grr!!! nyah kamu, Marluxia!!!! DX

ok... lebih baik saya luahkan stres ku disini....

tak boleh nak lepak langsung....
2 kuiz & 2 assignment dalam minggu ni jugak!
aaaaaaaaahhhhhhh!!!! mana tak stres aku~~ DX

ok... ku perlu sambung kerjaku yang banyak GILA
T^T

Friday, February 18, 2011

animasi~

video
percubaan pertama


video
percubaan kedua

gila lah kalau nak buat animasi 1 minit....
4 minit pun lama wo~~

untuk informasi anda, 
saya dan beberapa rakan sekuliah ku telah ditugaskan membuat animasi berdasarkan tema2 yang telah diberi...
dan kumpulan saya telah dapat: toksin ikan buntal: kesan dan simptomnya...

wo~
tajuk nya pun sudah susah...
apatah lagi proses membuat animasinya....

apa2 pun....
gambatte, aqmaaaaa~
dan juga kumpulan lain yang membuat animasi~
:D

Tuesday, February 15, 2011

aqma, buat kerja la...

Zack & Aerith dalam game Final Fantasy VII: Crisis Core

ala... ku perlukan masa untuk bernafas...

ku perlukan masa 'malas' ku...
kerana ku sudah penat dengan semua ni...

ku perlukan semangat dan motivasi untuk melalui hari2 yang akan datang...
tapi dari mana akan ku carinya?

"cubalah call parents... mesti rasa bersemangat balik"
umm, nak call mereka...
tapi, ntah kenapa, setiap kali call mereka, ku rasa sebak....
"mungkin rindu kot..."
mestilah... siapa tak rindu perants bila duduk berjauhan...
cara ku: tahan & sibukkan diri supaya tak selalu teringatkan mereka...
nampaknya cara ini tak berkesan... T^T

ku perlukan semangaaaaaaat!
semangat untuk belajaaaaaaar!

saya ada soalan untuk anda:
apakah sumber semangat anda untuk terus berusaha untuk belajar?

tepuk dada, tanya selera
sendiri tahu, sendiri jawab
:D

Monday, February 14, 2011

bebankah aku?

Aqua merasakan Terra pergi tanpa berucap selamat tinggal
Kingdom Hearts: Birth by Sleep

so this is me swallowing my pride
standing in front of you
saying i'm sorry for that evening~
and i go back to 14th February all the time~

hmm~
adakah saya seorang yang membebankan orang lain?
"nak mintak tolong boleh?"
"boleh? gapo dio?"
"tolong hanta kan lab report~ ^^"
"hmm, kay..."

mungkin tak membebankan jika ku tak buat hal last minit...
"weh! ak lupe nak selitkan krystal la kat report tu! camne ni?"
"xpe2... ko trun kafe pastu pas kat ak... smpt lagi hanta report nih..."
"xpe ke? thx so much~"
"xpe2..."

dia berkata demikian... tetapi hati ku masih rasa bersalah...
"weh, sori ah susahkan ko..."
"rilek ah... mende kecik je ni..."
"hmm, ape kate ak blanje ko~ ^^"
"eh, xpe ah..."

hmm, hari ni ku menyusahkan orang lagi...

kalau orang yang berkenaan terbaca entri ku ini, ku mintak maaf lagi sekali...
kerana dialog tak sama dgn yang sebenarnya... hehe :P

ku ada soalan kepada anda:
adakah anda selalu minta pertolongan kawan walaupun hanya perkara kecil sahaja atau sanggup berjalan jauh dan bermandi peluh kerana tidak mahu menyusahkan orang lain...?

tepuk dada, tanya selera
sendiri tau, sendiri jawab
:D


p/s:
hari ini saya agak bengong sikit...
tapi nak jugak pos entri...
jadi, mintak maaf la kalau merasakan entri kali ni agak mengarut...
hehe~

Friday, February 11, 2011

keputusan anda sekarang penentu masa hadapan anda

Kairi dari Kingdom Hearts II

... walau sekecil mana pilihan anda...

haih~
itulah yang terjadi kepada ku...
memilih untuk tidak dipilih...
demi ibu kesayangan ku~
(i lap u, maaaak~)

hmm, ceritanya begini...
ku ingin meminta restu emak ku untuk menjadi *tuuut*
(oops, tersensored pula~ aha~ :D tapi menda ni menda baik tau~ jangan fikir mende lain!!)
lalu saya pun menelefon emakku~
responnya, seperti ku jangka, negatif...

tetapi ku tidak berputus asa...
ku pujuk, ku pujuk, dan ku pujuk lagi...
lantas emakku tidak tahu hendak berkata apa lagi, lalu berkata demikian:
"sukahati la..."

=_= secara jujurnya, ku tidak mahu emakku berkata demikian...

selepas itu, ku perlu hadirkan diri dalam mesyuarat untuk memilih *tuut~* (:D)
ku pun jalan sambil memikirkan apa yang telah dikatakan oleh ibuku....
hatiku tidak senang, dan jantungku berdegup dengan kencang yang semacam...
nafasku pula kadang2 deras, dan ku berasa resah semacam....
lantas, ku berfikir...
"adakah saya membuat pilihan yang betul?"

mesyuarat itu bertempat di tingkat 2, dan ku terhenti di hadapan tangga...
"apa yang ku sedang lakukan ini? adakah saya menderhakai ibuku sendiri...?"

lama juga ku berfikir di bawah tangga....
akhirnya, ku membuat keputusan yang drastik~~~ iaitu~~~
balik

sebaik sahaja ku berpaling dari tangga,
jantungku berdegup dengan tenang sedikit...
lantas ku berfikir....
"terima kasih, mak, sebab selamatkan saya dari keputusanku yang terburu2 ini..."

walaupun sebahagian hatiku ingin sangat2 menjadi *teeet~~* <_<'''
selepas itu, ku melepaskan perasaan yang kecewa ini...

jadi, janganlah anda membuat keputusan yang terburu2
dan janganlah juga buat perkara yang tidak direstui ibu bapa anda...
nescaya anda tidak akan hidup dengan tenang~ bohahaha~~~~ XD
(>.< sori, tergelak evil :D)

ku ada soalan untuk anda:
adakah anda masih berdegil membuat sesuatu yang tidak direstui ibu bapa anda?

tepuk dada, tanya selera
sendiri tahu, sendiri jawab lah iye~
:D

Thursday, February 10, 2011

peranan seorang pemimpin

Hero Persona 4 serta personanya... (tak ingat...)

... sangat berat... =_=

adakah saya layak menjadi seorang pemimpin?
adakah saya mampu membahagi masa dengan baik?
adakah saya mempunyai kekuatan untuk menempuhi cabarannya?
adakah saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal?

tepuk dada, tanya selera

untuk menjadi seorang pemimpin,
seseorang itu perlu tahu cabaran, dugaan serta halangan yang bakal ditempuhi...
bukan itu sahaja,
pengorbanan masa, tenaga, dan titik peluh juga dikira...
termasuklah mengorbankan cuti, masa bersama rakan, dan juga masa study...

saya sangat mengagumi semua pemimpin...
kerana mereka mampu berfikir dalam keadaan tertekan...
tak kira lah dalam apa jua situasi...
seorang pemimpin perlu memberi pilihan yang bernas dan berkesan...

wah, sangatlah berat beban seorang pemimpin
walaupun duduk dalam bilik, menghadap komputer, dan memberi pandangan sahaja...

saya ada soalan kepada anda:
adakah saya layak menjadi seorang pemimpin?
:)

Sunday, February 6, 2011

oh, my princes~ :D

Your Highness My Princess oleh Kiyoteru, Len, Kaito, dan Gakupo

aha~
ya, saya sedang berangan apabila mendengar lagu ini~
sangat membuatkan ku cair.... >/////<

z1: jiwangnya kamu nih....
z2: mestilah~ saya kan seorang perempuan~ :D
z1: =.=

ehem....
sudah sampai di penghujung cuti ku~
oh, tidaaaaaaak~ :(
hari ini, ku harus pulang ke USM...
banyak kerja ku menantiku di sana....
kerana di rumah ku tidak buat apa2...
kecuali berseronok sahaja...
hee~ :P

uhh...
perangai ini patut dikikis dan dihiris kemudian dicampak jauh2....
=.=

Tuesday, February 1, 2011

di rumah


Natsu, yang mabuk kenderaan... sama seperti saya...

sangat seronok duduk di rumah...

tak ingat nak jaga makan
tak ingat nak buat assignment/ report/ study
tak ingat nak memasak/ baking
tak ingat nak bersenam
tak ingat nak buat kerja rumah
tak ingat nak .... macam2 ah...

hmm.
saya dah mula membuncit...
dan itu adalah petanda buruk...
=_=

z1: bangunlah!!! jangan nak membuta je dok rumah!
z2: ala~ kat USM setiap hari kena bangun awal.... bagilah saya peluang kali ini je...
z1: uhhh.... patutlah buncit..... =_=
z2: apa?? ........... baiklah, saya bangun.... -__-"