Wednesday, March 30, 2011

inikah cinta?

Kuronuma Sawako & Kazehaya Shouta dar Kimi no Todoke


dia ingat pertemuan pertama kami
dia juga ingat nama sebenarku
dia ingat di mana tempat tinggal ku
serta segala benda yang ku telah ajarkannya

tetapi, adakah ini cinta?

ku perlu tanya sebab ku tak pernah melaluinya

dan ku juga tak mahu hati ku dilukai
oleh kata2 manisnya yang sebenarnya tipu2 belaka

adakah ku harus meneruskan hubungan ini?

ku tak tahu...

kerana kami hidup berlainan negara
berlainan bangsa
berlainan budaya
dan juga... agama

apakah yang harus ku lakukan?

dia sangat baik bila berbicara
dan juga jujur menjawab segala persoalanku
sangat mengambil berat tentangku
dan juga selalu memberi ku semangat untuk terus mara ke hadapan

tetapi, adakah dia ikhlas?

ku tak tahu...
sebab tak pernah berjumpa dengannya...

perasaan ku pula?

entah la...
susah nak gambarkan perasaan yang kompleks ini...

bila dia tak online, rasa macam rindu pun ada...
bila dia mula chat dengan ku, pergh, senyum sampai ke telinga...

nak jumpa dia depan2 tak?

nak. nak sangat jumpa dia
sebab curious kah? entah...

nak cakap depan2 dengan dia
nak tengok muka dan ekspresi dia
nak dengar gelak ketawa dia

dan nak tengok dia ikhlas ke tak...



hmm, apakah pendapat anda pula?

Saturday, March 19, 2011

ikan buntal!!!

video

tada~ inilah vidoenya~
sila enjoy~

perhatian:
video ini adalah hak milik pemilik2nya...
copyright adalah tidak dibenarkan...

Thursday, March 17, 2011

assignment animasi sudah siap~

Kagamine Len & Rin dalam kotak

XD
gembiranya x terkata~
serius, tak terkata.... XD XD XD
emoticon juga tidak boleh menggambarkan betapa gembiranya saya... haha~

lega
yang teramat sangat
alhamdulillah~

walaupun tidak berapa sempurna...
dan ada banyak cacat celanya...
suara pun x sepadan dengan karakter...
BGM pun x segempak macam di cinema...
animasi pun x selancar macam anime...

tapi
rasa puas, lega, gembira, ringan, kosong...
huaaaaaaaa~
alhamdulillah~~~~~~

p/s: jika mahu melihat videonya, kena tunggu~
kemungkinan saya akan pos di sini~ ^^

Tuesday, March 15, 2011

aqma! fokus! XD

Switzerland dari Hetalia ..... yang sangat 'bersemangat' :P

inilah masalah ku....
kurang perhatian ke
tika perhatianku diperlukan
terutamanya ketika lecture....
baru beberape minit lecture bermula, fikiran ku sudah melayang entah ke mana
paling dahsyat pun tidur ketika lecture... =_=

haaii~
aqma, aqma....

okeh, sekarang ku perlu fokus!
pada apa? pelajaran lah...
dan satu lagi~
gaya hidup ku~ ^^

di sini, saya tidak menyatakan yang saya berdiet,
saya cuma mengambil makanan yang sihat sahaja~
disamping MENGURANGKAN makanan proses~
dan mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan berjogging~

ini adalah pelan jangkamasa panjang ku~
jadi, kuranglah tekanan~~ ^^

tips untuk lebih sihat:
  • minum air 2-3 liter sehari
  • kurangkan makanan ringan yang kurang nilai nutrisinya
  • makan tepat pada masa dan jangan sesekali tinggal sarapan
  • bangun pada masa yang sama setiap hari
  • bersenam sekurang2nya 2 kali seminggu (bersenam pada waktu petang (ie 3-9pm) lebih baik)
  • jika lapar, minum air kosong. jika masih juga lapar, makan buah2an atau biskut tinggi fiber
  • layan musik, main game atau baca majalah ketika sedang bosan atau stres. jangan makan ketika ini
  • amalkan kaedah pemakanan 'Mickey Mouse'~ ^^
selamat menjalani gaya hidup sihat~ ^^

Sunday, March 6, 2011

kena tag... =_=

Sora dan Kairi dari Kingdom Hearts
dilukis dan diwarna oleh annria2002

maaflah, saya lewat jawab soalan...
aish... betul2 liat nak jawab...
pha is la nih! tag aku... >.<
hai, apa2 pun, saya dah jawab.... lega sikit~

berikut adalah soala2nya~

Apa yang penting dlm hidup korang?
ibu bapa ku, keluarga ku, kawan2 ku, pengajian farmasi ku ^^

Benda terakhir yg korang beli guna duit korang?
rocky (perisa coklat) dengan pau kacang merah

Dimanakah tempat korang akan melangsungkan perkahwinan dan apakah temanya?
mestilah di rumah~ ^^ hmm, temanya: warna putih, dan ala2 fantasi~ ^^ (bergantung juga pada bajet...)

Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
InsyaAllah, jika benarlah dia betul2 untukku, maka sampai ke Syurga lah cinta kami... XD

Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Norwegian Wood oleh Haruki Murakami

Namakan orang-orang yg korang nak dalam hidup korang?
ibu bapa ku, keluarga ku, kengkawan ku, dan semestinya bakal suami ku~ ^^

Adakah korang penah basuh baju sendiri?
mestilah pernah wo~ itu adalah kewajipan bagi sesiapa yang tinggal di universiti... :P

Dimanakah tempat-tempat yg korang betul-betul nak pergi?
InsyaAllah, kalau ada peluang, nak pergi Mekah, buat Haji bersama dengan bakal suami ku~ dan nak juga pergi ke Jepun~ ^^

5 Lagu yang paling korang suka dan selalu dgr?
long kiss goodbye oleh Halcali
last night good night oleh Hatsuna Miku
rocketeer oleh Far East Movement
dream fighter oleh Perfume
OST dan BGM games (terutama Kingdom Hearts ^^)

5 Blogger yg korang tag?
siapa2 lah yang melawat blog ini~ ^^